Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
“iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu
kamu datang berkelompok-kelompok.”
Adalah
diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina
Muaz bin Jabal, katanya,
“Ya
Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum
menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.
Lalu baginda menjawab:
“Ya
Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan.
Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan
memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti
berikut:-
1.Mereka
yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti
hati jiran tetangga.
2.Mereka
yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan
solat lima waktu.
3.Mereka
yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah
balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka
yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5.Mereka
yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut
keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka
yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang
menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.Mereka
yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan
mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8.Mereka
yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini
adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9.Mereka
yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka
yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka
yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah
balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11.Meraka
yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai
hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan
mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke
syurga ialah:
1.Mereka
yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas
seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat
serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.
Semoga
kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan ini,sama-sama kita kearah golongan
yang mana berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar